Beijing 101 Hair Consultants - Hair Loss Treatment
jquery photo gallery
1. Berapa kali saya perlu mencuci rambut dalam seminggu?
Kita seharusnya mencuci rambut setiap hari untuk membersihkan sebum pada kulit kepala yang boleh menyebabkan folikel rambut tersumbat. Pembersihan rambut harian dan rutin penjagaan rambut adalah penting untuk mendapatkan rambut yang kelihatan sihat. Menyingkirkan kotoran pada rambut ialah langkah yang paling asas, agar rambut anda boleh menyerap nutrien dengan lebih berkesan. Herba Cina seperti akar knotweed Cina, akar angelica Cina, buah pokok Wolfberi, Bijan Hitam, membantu mendapatkan rambut yang bersinar.
2. Apakah prosedur yang betul untuk membersihkan rambut?
Langkah 1: Bilas rambut dengan air suam.
Langkah 2: Picit syampu ke atas tapak tangan anda dan gosokkan kedua-dua tapak tangan sehingga berbuih sebelum menyapunya pada rambut anda. Jangan kenakan syampu terus pada rambut.
Langkah 3: Jangan garu kulit kepala dengan kuku; sebaliknya gunakan hujung jari untuk mengurutnya dengan lembut.
Langkah 4: Bilas rambut betul-betul untuk mengelakkan daripada meninggalkan sisa syampu pada kulit kepala anda.
Resipi 1: Sup Herba Lili Teratai
Bahan-bahan: Biji teratai (10g), Bunga lili segar (20g), Keladi Cina (15g), Garam laut (2g), Air (700ml)
Persediaan:
(1) Selepas merendam biji teratai dan Kelani Cina dalam air selama 1 jam, keluarkan biji teratai dan sediakan untuk digunakan.
(2) Cuci bunga lili dan sediakan untuk digunakan.
(3) Masukkan biji teratai, keladi Cina dan air ke dalam periuk dan didihkan. Setelah mendidih, renehkan pada api perlahan selama 1 jam.
(4) Selepas itu, masukkan bunga lili dan dan garam dan biarkannya masak selama 5 minit. Ia sedia untuk dihidangkan selepas itu.
Fungsi: Memberikan khasiat pada jantung, memperbaik "qi" dan bermanfaat pada darah. Menenangkan jiwa dan minda. Membantu mendapatkan rambut yang lebih sihat.
Resipi 2: Sup Jujub Kacang Hitam
Bahan-bahan: Kacang hitam (50g), Longan kering (15g), Jujub kering (50g), Air (700ml)
Persediaan:
(1) Rendam kacang hitam dalam air sepanjang malam.
(2) Selepas mencuci kacang hitam, Longan kering dan jujub kering, masukkan semua bahan dengan air ke dalam periuk dan didihkan.
(3) Selepas itu, biarkannya masak dengan api perlahan sehingga sup tinggal setengah (lebih kurang 1 jam).
Fungsi: Memperbaik limpa dan "buah pinggang", memberikan khasiat kepada jantung, "qi" dan "darah ying".
Sesuai untuk kekurangan degupan dan peluh sejuk; memperbaik "buah pinggang", limpa, sakit belakang, bengkak kaki dan keadaan embolisme beruban pramatang.
Resipi 3: Bubur Menghitamkan Rambut
Bahan-bahan: Beras hitam (50g), Kacang hitam (25g), Jujub (10kpg), Serbuk bijan hitam (15g), Gula perang (15g), Air (700ml)
Persediaan:
(1) Rendam beras hitam dan kacang hitam secara berasingan sepanjang malam.
(2) Selepas mencuci beras hitam, kacang hitam dan jujub, masukkan semuanya dengan 700ml air ke dalam periuk dan didihkan. Setelah mendidih, renehkan dengan api perlahan selama 1 jam.
(3) Masukkan serbuk bijan hitam dan masak selama 10 minit lagi.
(4) Tambahkah gula perang dan ia sedia untuk dihidangkan.
Fungsi: Baik untuk "hati" dan "buah pinggang" dan menghitamkan rambut. Sesuai untuk masalah "hati" dan "buah pinggang" yang menyebabkan keadaan rambut beruban pramatang, keguguran rambut, dsb.


Ketahui bagaimana anda boleh berkembang bersama kami di Beijing 101!