jquery photo gallery
Beijing 101 menyumbangkan kembali kepada masyarakat melalui program Prihatin & Perkongsian

23 Januari 2015 merupakan hari yang sangat bermakna bagi pekerja pusat rawatan rambut yang terkenal, Perunding Rambut Beijing 101, dan beberapa orang selebriti luar negara dan tempatan apabila mereka melawat orang-orang tua dan golongan miskin di Sudut Penduduk Commonwealth Yang Tertutup. Usaha amal ini, yang dinamakan Prihatin & Kongsi, dimulakan oleh Beijing 101 sebagai sebahagian dari program CSR (tanggungjawab sosial korporat) untuk menyumbang kembali kepada masyarakat. Selebriti termasuk Sing Hom dari Taiwan yang mula terkenal melalui filem "Café. Waiting. Love”, dan artis tempatan Huixin, Li Qin Yu, Han Xing, Terry Wong dan Lin Si Tong dari Popstar Media.

Acara amal ini disokong oleh Jawatankuasa Penduduk Commonwealth, Popstar Media dan WuGuFeng. Selain daripada mengedarkan hamper makanan dan keperluan harian, objektif acara ini yang patut diberi perhatian ialah untuk berinteraksi dengan kumpulan orang-orang tua dan golongan miskin ini supaya mereka dapat merasai kasih sayang, keprihatinan, kebahagiaan dan sedar bahawa ada orang yang mengambil berat tentang mereka agar mereka boleh ketawa semula. Selebriti ini juga mengambil peluang untuk mengucapkan semoga mereka sentiasa sihat dalam Tahun Baru Cina yang akan datang.

Selebriti atau tidak, mereka tidak melepaskan peluang untuk beramal

Oleh kerana beberapa orang tua tidak dapat bergerak dengan mudah, Commonwealth RC telah membuat perancangan untuk sukarelawan dan selebriti mengedarkan hadiah dan melawat mereka di rumah mereka. Saat yang menyedihkan ialah apabila sukarelawan dan selebriti melawat seorang wanita tua yang tergelincir dan jatuh di rumah, dan terpaksa tinggal di hospital selama beberapa minggu. Dia dibenarkan keluar daripada hospital beberapa hari sebelum itu, dan sangat gembira apabila dilawati oleh sukarelawan dan selebriti di rumahnya; dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka.

Orang yang telah berumur, seperti yang kita ketahui, mempunyai banyak pengalaman hidup. Namun begitu, kematian orang yang disayangi, atau, perpisahan daripada keluarga, atas apa jua sebab, menyebabkan orang-orang tua ini berada dalam kesedihan dan kesunyian. Sering kali, mereka mengharapkan seseorang untuk menjaga mereka, seseorang untuk berbual dengan mereka, seseorang untuk menyayangi mereka, dan seseorang untuk mengingati mereka.

Kepada orang-orang tua, kita perlu menghargai mereka dan berikan mereka penjagaan yang penuh dengan kasih sayang. Berbuat baiklah dengan orang-orang tua dan jagalah ibu bapa anda; bukan kerana kita juga akan menempuh hari tua nanti, tetapi kerana kita ialah manusia. Memberi adalah lebih baik daripada menerima. Apabila kita memberi, kita juga diperingatkan untuk menghargai apa yang kita ada.

Selain daripada orang-orang tua, para sukarelawan dan selebriti juga telah mendapat banyak manfaat daripada acara yang penuh bermakna ini. Dalam masa beberapa jam itu, mereka menyaksikan bagaimana usaha yang sedikit mampu memberikan kebahagiaan kepada orang-orang tua dan membuatkan mereka tersenyum. Sememangnya, sifat kedermawanan adalah asas kepada kebahagiaan. Kongsi sedikit perasaan kasih sayang dan keprihatinan hari ini.



Ketahui bagaimana anda boleh berkembang bersama kami di Beijing 101!